Tuesday 24 May 2011

antologi harga remaja >> prosa klasik >> pelayaran yang penuh peristiwa

SINOPSIS >>

Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang ingin pulang ke tanah jawa. Dalam pelayaran itu,kebanyakan penghuni geliung itu mabuk dan tidak sedarkan diri. Hanya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, si Kembang Cina dan Awang Sulung yang tidak mabukTuan Puteri meminta si Kembang Cina memujuk Awang Sulung Merah Muda untuk menjaga kemudi geliung panjang itu.Setelah 3 hari, mereka berlabuh di Pulau Tapai. Awang menenagkan air laut yang bergelora dengan mencampakkan tulang pelanduk putih ke dalam laut. Apabila penghuni geliung yang lain tersedar, jurumudi segera menemui Tuanku Nakhoda Tua dan mengaku bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah, lalu Tuanku Nakhoda Tua mempercayainya.

Tuanku Nakhoda ada berjanji bahawa baginda akan mengahwinkan puteri baginda iaitu:Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, kepada sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayaran itu sehingga ke tanah jawa. Pelayaran mereka kemudiannya meredah laut Sakona lingga yang terdapat ramai lanun. Ketika merentasi Pulau Salah Nama ,geliung mereka diserang lanun. Anak-anak kapal itu masing-masing lari dan menyembunyikan diri. Sekali lagi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memujuk Awang untuk membantu menyelamatkan geliung itu.Selepas mandi dan menggosokkan badannya dengan limau selimpat pagar yang diberi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Awang Sulung menyeru kapada lanun-lanun itu.lanun-lanun itu mengecam suara Awang Sulung. Mereka ketakutan dan segera menyembah. Lanun berjanji akan memenuhkan kapal itu dengan rial batu (mata wang) dan emas bagi melangsaikan hutang Awang terhadap Datuk Batin Alam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terpikat dengan ketampanan wajah Awang. Apabila Awang menyatakan hasrat untuk pulang ke bandar Mengkalih, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut.Apabila di halang Tuan Puteri tidak sedarkan diri. Baginda Tuan Puteri tersedar apabila mendengar pantun dari Awang Sulung. Sementara itu, jurumidi pula mengambil kesempatan memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua. Kononnya, dialah yang mengalahkan lanun-lanun tersebut.Tuanku Nakhoda Tua ingin mengahwinkan jurumudi dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa bagi mengotakan janji baginda. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membantah dan menyatakan bahawa Awang Sulung Merah Muda yang berjaya menumpaskan serangan lanun. Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah Muda.

Kapal mereka kemudiannya berlabuh di perairan Negeri Pati Talak Terengganu.Sultan di Negeri Pati Talak Terengganumenjemput penghuni geliung itu untuk naik ke darat, setelah mendengar cadangan Puterinya,iaitu: Tuan Puteri Pinang Masak. Awang ,jurubatu,dan Bujang Senang turun ke darat dengan membawa ayam sabungan,Kiantan Suci. Sebelum naik ke Balairung Seri, Kiantan Suci bersabung dengan ayam tempatan. Kiantan Suci menang

No comments:

Post a Comment

give your comment