Thursday 21 April 2011

pidato: "melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama"

andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya ke mari,
bukan untuk bermadah saya kesini,
tetapi untuk kita sama-sama menghayati,mendalami dan menyelami mauduk bicara yang berbunyi melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama. Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi,kombinasi intelektual kehakiman bervisi,guru-guru yang saya hormati,seterusnya hadirin hadirat yang di kasihi dekat di hati. Assalammualaikum dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan masa,apa khabar penutur bahasa Malaysia tercinta.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur bicara,saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama sebagai mengekalkan ketulenan alam amanah kita semua. senario ini mempunyai aspek yang begitu meluas tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya terdapat 1 aspek yang perlu dipertekankan dibawah kata kunci “tanggungjawab bersama”.Sebenarnya alam sekitar bagaikan isi dengan kuku hubungannya dengan manusia, kerana manusia dan alam sekitar memerlukan antara satu sama lain justeru alam sekitar perlu diberi dilestarikan agar seluruh organisma di bumi ini dapat hidup dangan selesa dan harmoni

Hadirin hadirat sekalian,

Indikator saya yang pertama bagi melestarikanalam sekitar ialah mengadakan kempen kesedaran alam sekitar,tujuannya bukanlah untuk membebankan,melecehkan mahupun menyusahkan hadirin hadirat,sebaliknya meminimumkan masalah pencemaran alam yang berlaku secara abnormal,sepertimana proses penebangan dan pembakaran hutan untuk tujuan pembangunan,yang kononnya untuk menjimatkan masa,tenaga serta mengelakkan bebanan kos. Deklarasi demi deklarasi telah dijalankan,memang mejoritinya semua individu sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar namun segalanya hanya rayuan manis dibibir senyuman sinis yang dilemparkan.kita sebenarnya tidak sedar bahawa bumi ini bukan milik kita sebaliknya kita hanya meminjam dari generasi yang akan datang. Tuntasnya kempen kesedaran wajar dilaksanakan agar masyarakat sedar akan tindak tanduk mereka dan segera melestarikan alam sekitar.

 Warga dewan yang bijak bestari,

Indikator saya yang ke-2 ialah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang mempunyai masa senggang yang panjang bersama anak-anak.terdapat segelintir remaja mahupun kanak-kanak yang masih lagi acuh tak acuh dalam aspek kebersihan.saya bawakan contoh yang mudah, pembuangan puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula di merata-rata tempat, acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas dan tandas awam dicemari oleh benda-benda kecil ini,sebenarnya setiap individu daripada kita mempunyai peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar, walaupun ianya remeh,namun jangan di sebabkan remeh kelak membinasakan masyarakat sekaligus merobek keindahan alam. Tegasnya ibu bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak di samping menasihati mereka supaya mencintai kerbersihan alam sekitar bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Warga dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-3 ialah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di Negara kita sekaligus mengenakan denda yang sebati dengan kesalahan yang dilakukan sepertimana yang termaktub dalam seksyen 29 akta kualiti alam 1974 yang menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh didenda RM500 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Hal ini kerana segelintir individu masih lagi tidak bertanggungjawab  dengan melakukan perbuatan yang mencabul keindahan alam sedangkan kita dituntut menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar begitu juga Mahatma Gandhi,pemimpin india tersohor ada mengatakan bumi pada hari ini hanya mencukupi bagi orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak haloba, yang membawa maksud mereka yang mencemarkan alam sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak berhak keatas bumi ini. kata-kata ini membuatkan saya cukup terpanggil untuk mengajak saudara saudari memikirkan kepentingan manusia melestarikan alam sekitar kita. Rasionalnya jika amalan ini tidak dipratikkan maka sukarlah untuk kita merealisasikancabaran ke-4 dengan wawasan 2020
  
Sidang dewan sekalian,

Indikator saya yang ke-4 menekankan pihak media massa sebagai salah satu medium efektif dalam melestarikan alam sekitar, hal ini merujuk kepada peranan media massa yang mampu  mempengaruhi minda masyarakat, terutamanya remaja selaku generasi pelapis untuk melesterikan alm sekitar tercinta. Pelbagai informasi tentang alam sekitar dapat di perolehi melalui media ini, sama ada melalui iklan,berita,wawancara mahupun rancangan berbentuk dokumentari. Senario ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar, apakan kesan-kesan kemusnahanya? serta yang paling utama bagaimanakah cara-cara untuk kita menjaganya, enak lauk di kunyah-kunyah,enak kata diulang-ulang,sekiranya iklan tentang kepenting melestarikan alam sekitar ini sering diulangi,acapkali didengar,sudah pasti setiap individu dalam masyarakat merasakan tanggungjawab yang harus dipikul dalam mengekalkan keindahan alam sekitar. Tegasnya pihak media massa perlu berganding bahu kerana mereka merupakan salah satu pihak yang penting dalam memberi pendekatan kepada masyarakat dengan lebih efektif.

Warga dewan sekalian,

Harus di kejut mana yang lena,
Harus ditegur mana yang alpa.
Sebelum manusia ditimpa bencana,
Sebelum alam mulai berbicara.

Oleh itu,bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan anjakkan paradigma dangan menanamkan semangat cintakan alam sekitar.ingatlah “alam cemerlang,hidup gemilang”. Jadi anda bayangkan andainya alam boleh berbicara dan mungkin inilah luahan perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor semut merah.konklusinya manusia mengancam manusia yang terancam. Persoalannya demi mengejar sesuatu kemajuan,haruskah alam menjadi taruhan? Fikir-fikirkan agar masalah ini tidak akan berleluasa sehingga mengakibatkan ledakan tsunami di jepun, gunung merapi memuntahkan lavanya,dan taufan Katrina serta Wilma Amarika. Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi fikirlah sendiri, “melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama”





aq ni bukanlah pandai sangat berpidato.......setakat basic to ade lah skit....so kalau aq ade tersalah korang btulkan sendiri la ye......smoga info yang aq beri ni dapat korang gunakan dgn sbaiknye....SELAMAT MAJU JAYA!!!!

No comments:

Post a Comment

give your comment